Tuesday, 30 April 2013

esok..

\

Assalamualaikum..

Penting kita untuk sama mengingati saudara sesama Islam. Sesungguh Allah swt amat sayangkan hambanya yang selalu mengingati dosa yang lalu telah dia lakukan agar kita masih sempat utk bertaubat kepada-Nya.
Peringatan untuk diri saya yang serba kekurangan dan masih banyak lagi yang perlu di baiki. Waalahuallam.

Tuesday, 9 April 2013

Bersabar Dengan Cacian



Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa satu ketika seorang lelaki sedang mencaci Abu Bakar r.a sedangkan Nabi s.a.w sedang duduk di hadapannya. Orang itu terus mencacinya sedangkan Abu Bakar r.a dan Nabi s.a.w terus bersabar mendengarnya. Lantas Nabi s.a.w tersenyum. Apabila orang itu mencacinya dengan keterlaluan, lantas Abu Bakar r.a menjawab akan caciannya. Mendengarkan akan jawapan itu, Nabi s.a.w begitu marah, bangun, lalu meninggalkannya.

Abu Bakar r.a menyusul Nabi s.a.w dibelakangnya dan berkata: Ya Rasulullah s.a.w, apabila orang itu terus mencaciku engkau masih tetap duduk dan apabila aku menjawabnya, tuan nampaknya marah dan bangun? Nabi s.a.w menjawab: Semasa kamu diam dan bersabar mendengarnya, seorang malaikat bersama denganmu yang mana sedang menjawab caci maki orang itu bagi pihakmu, tetapi apabila kamu menjawabnya semula, malaikat itu meninggalkanmu, dan syaitan telah datang di antara kamu, dan aku tidak mahu duduk bersama dengan syaitan; oleh kerana itu aku meninggalkan kamu. 

(Hadis Riwayat Ahmad)

»» TANDA-TANDA KECIL KIAMAT TELAH LENGKAP ««

Assalamualaikum..moga sama-sama kita muhasabah diri kita..

► Banyak saksi palsu.. 
► Kurang sifat amanah.. 
Zina bermaharajalela..
► Ramainya anak luar nikah..
► Penaklukan Baitulmuqaddis.. 
► Bermaharajalela alat muzik.. 
► Banyak berlakunya gempa bumi.. 
► Ramai orang soleh meninggal dunia.. 
► Menghiasi Masjid dan membanggakannya.. 
► Lelaki mentaati isterinya dan menderhakai ibunya.. 
Pemimpin terdiri dari orang yang fasik dan jahil.
Salam diberi kepada orang yang dikenali sahaja.. 
► Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.. 
► Ramai wanita berpakaian tapi hakikatnya terlanjang.. 
► Muncul kekejian dan memutuskan hubungan kekeluargaan.. 
Dusta berleluasa dan tidak tepat dalam penyampaian berita..

Sekian..

<Sumber dari Group Penawar Hati>

Sebenarnya....


~ Sebenarnya... Semua WANITA Islam tahu menutup AURAT.
~ Sebenarnya... Semua LELAKI Islam tahu BATASAN auratnya.
~ Sebenarnya... Semua orang tahu KIAMAT itu akan tiba nanti.
~ Sebenarnya... Semua orang tahu tentang DOSA & PAHALA.
~ Sebenarnya... Semua orang tahu NERAKA & SYURGA itu ada.
~ Sebenarnya... Semua orang TAKUT b'cakap pasal azab neraka.

*Cuma...

~> Sebenarnya.. RAMAI ORANG BUAT TAK TAHU!! Betulkan?

sumber group Penawar Hati < Sharil >

Cuti Midsem : Kenduri Kahwin

Assalamualaikum..entry kali ni pasal kenduri kahwin
biasalah time cuti cuti ni mesti ade orang yang bina masjid kan..hee macam best tgok orang yang dh berumah tangga ni..saya??? okay xthu entah bila..ade jodoh cepat..cepat la saya kahwin pulak nanti..cewahh..hahaha...

kenduri yang saya pegi ahad yang lalu.. 7th April 2013..meriah jgk kenduri kahwin ni.. Kami pegi kenduri keluarga angkat abah dekat Kuala Lumpur.. Memang meriah jgk la majlis ni..pelamin pn cantik..meja pengantin pun cantik..hee..excited mata ni memandang..



setelah di didecorate meja pengantin ni..

 pelamin nye pun meriah kn.

ni mmg kreatif and cantik..



meja makan keluarga pengantin.


zoom in dkt meja pulak..





okay saya sorang aje pki bju oren..kakchik dgn mak baju biru..xpe..Rare pn xpe.. Selamat Pengantin Baru utk..Oups lupa nama kedua mempelai tu.hehehe..(biase la tu xingat nama kan)...harap mereka bahagia hingga ke anak cucu..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kami pn xberapa lama duk KL..apa lagi balik rumah la lepas tu..penat dh seharian ni..cewah..bajet plk saya drive konon..padahal abah yg drive..Alhamdulilah selamat smpai rumah...hingga bertemu lgi..
Waallahuallam..





Hari terbuka ATM Kem Sg. Buloh

Assalamualaikum.

Memandangkan cuti midsem sekarang...so.. apa lagi  JALAN LAH JAWABNYA..
6 & 7 APRIL 2013...hari terbuka ATM dkt kem sg.buloh..tpi kami pegi 6th April (sabtu).


Al kisah bermula sebab Pak Uteh(adik abah) kerja dkt sana..iaitu kem sg. buloh tu la.. Jadi abah pun mula lah tanya kami adik-beradik nak pergi sane ke tak tgok pameran tu.. So excited siap bagai..tapi kami tinggal mak....Masa tu kami semua dekat Bukit Beruntung dah tido dkt umah usu.....mak xikut die sakit kepala...Sori mak kami jalan dulu..hehe..

So sampai dkt sane apa lagi call pak uteh dulu.. Adik abah ni mmg keja askar.. pangkat die Waran Dua katanya.. so xberapa tahu sangat ape kebendanya waran dua ni.. tgok gambar la time kami dkat sane..

Ha ni la pakcik saya.. 
tulisan RAD dkat uniform tu maknanya REJIMEN ARTELERI DIRAJA..
baru tahu aje sebenarnya sbb kawan yg bagi thu sbnarnya..so pak uteh ni dlm bhagian meriam macam tu..muka serius beno pak uteh ni..heee

bajet menembak..tapi handbag lupa nk tanggal.baru nak eksyen konon..actually senapang ni mmg berat..so encik askar ni tlg saya support..Syukur Alhamdulilah..yang penting masuk gambo dulu..

antara pengunjung yang sangat excited untuk menembak..danial and kak chik sekali..

oups..terinterframe..






napa danial buat muka macam ni..hee

adikku ade bakat nak menembak jgk yer..




kak chik posing dkt kereta kebal

motor tentera ni smart jgk kn..

Then..kami balik lah..xda lah lama sangat pegi sane sbb hari nak ujan pulak.. pape pun saya tetap happy ke sana.. Tq pak uteh..Selamat Berkhidmat untuk Negara.. Cewaahh :).. okay bai ..




Sunday, 7 April 2013

KAYA vs MISKIN


                   
Assalamualaikum..


Nabi Musa a.s. memiliki ummat yang jumlahnya sangat banyak dan umur mereka panjang-panjang. Mereka ada yang kaya dan juga ada yang miskin.

 Suatu hari ada seorang yang miskin datang menghadap Nabi Musa a.s.. Ia begitu miskinnya pakaiannya compang-camping dan sangat lusuh berdebu. Si miskin itu kemudian berkata kepada Baginda Musa a.s., "Ya Nabiullah, Kalamullah, tolong sampaikan kepada Allah s.w.t. permohonanku ini agar Allah s.w.t.menjadikan aku orang yang kaya.

" Nabi Musa a.s. tersenyum dan berkata kepada orang itu, "Saudaraku, banyak-banyaklah kamu bersyukur kepada Allah s.w.t.". Si miskin itu agak terkejut dan kesal, lalu ia berkata, "Bagaimana aku mau banyak bersyukur, aku makan pun jarang, dan pakaian yang aku gunakan pun hanya satu lembar ini saja"!. Akhirnya si miskin itu pulang tanpa mendapatkan apa yang diinginkannya.


 Beberapa waktu kemudian seorang kaya datang menghadap Nabi Musa a.s.. Orang tersebut bersih badannya juga rapi pakaiannya. Ia berkata kepada Nabi Musa a.s., "Wahai Nabiullah, tolong sampaikan kepada Allah s.w.t. permohonanku ini agar dijadikannya aku ini seorang yang miskin, terkadang aku merasa terganggu dengan hartaku itu." Nabi Musa a.s.pun tersenyum, lalu ia berkata, "Wahai saudaraku, janganlah kamu bersyukur kepada Allah s.w.t.".

 "Ya Nabiullah, bagaimana aku tidak bersyukur kepada Allah s.w.t.?. Allah s.w.t. telah memberiku mata yang dengannya aku dapat melihat. telinga yang dengannya aku dapat mendengar. Allah s.w.t. telah memberiku tangan yang dengannya aku dapat bekerja dan telah memberiku kaki yang dengannya aku dapat berjalan, bagaimana mungkin aku tidak mensyukurinya", jawab si kaya itu. Akhirnya si kaya itu pun pulang ke rumahnya.
Kemudian terjadi adalah si kaya itu semakin Allah s.w.t. tambah kekayaannya kerana ia selalu bersyukur. Dan si miskin menjadi bertambah miskin. Allah s.w.t. mengambil semua kenikmatan-Nya sehingga si miskin itu tidak memiliki selembar pakaianpun yang melekat di tubuhnya. Ini semua kerana ia tidak mau bersyukur kepada Allah s.w.t..

Kisah Rasullulah SAW dengan Sebji Limau Hasil dari Pemberian Seorang Wanita...


Assalamualaikum..cerita ini sangat menarik sehingga saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan sekalian..ketahuilah betapa mulianya akhlak junjungan besar Nabi Muhammad SAW..

"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda.
Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. 

Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu.

Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama.
Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya."

Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.














                                                       < aliahalid>

TIPS UNTUK MEMAAFKAN



Tiada insan yang sempurna dalam dunia ini.
Diri kte pun mcm tu jgk..serba kekurangn..inillah lumrah kehidupan

lantaran itu.jgn terkejut..sekiranya suatu ketika sahabat karib kita melakukan sesuatu atau membuat kte rasa kecil hati dan terluka..

kesilapan memang selalu terjadi dalam persahabatan.Seringkali kte pandang sebelah mata saja..Namun ada ketikanye ada perasaan yang membuatkan kte rase susah utk maafkan die..lebih-lebih lagi jika die melakukannye berulang kali..

p/s sy paham perasaan awk..jadi awk kena bersabar..ingt allah swt...cuba pikirkan yang positif..

Awk kena tahu memaafkan sahabat yang melukakan hati awk itu kerana perbuatan itu sgat mulia...
jgn hanya sekadar maafmu hanya di bibir...
sedangkan di hati masih membara marahmu...
Sentiasa Berdoa agar Allah swt lembutkan hati anda untuk memaafkan die

  • maafkan shabat dengan hati yang ikhlas..tentukan apakah yg perlu anda maafkan..supaya kelak tidak ada lagi dendam dalam hati mu...
  • berdoa dan bertawakal sebelum berdepan dengn sahabat...fikirkan cara utk mengatakan bahawa awk sudah maafkan die.
  • Andai dia dtg memohon maaf..usah buat tidak peduli dan bersikap seolah2..tidak ada apa yang berlaku..   atau erti kata lain "Tiada maaf bagimu."..maafkan die Ok??=)..insyaallah..hati mu akan tenang
diberkati Allah swt...insyaallah...Assalamualaikum

Apa ertinya apabila aku adalah seorang doktor.


Assalamualaikum..

Bukankah nilai sihat hanya dapat difahami oleh orang yang sakit?
Maka belajarlah dari mereka yang sakit, mudah-mudahan itu akan membuka pintu hati kita untuk merendah diri bermuhasabah atas nikmat-nikmat Allah, supaya hati yang angkuh ini tunduk kepada Tuhannya dalam syukur.
Doktor tidak bekerja dengan
  • mesin seperti engineer,
  • bukan juga dengan dokumen-dokumen seperti setiausaha
  • atau bekerja dengan duit seperti akauntan.
Tetapi doktor bekerja dengan manusia, perhatiannya kepada manusia, ilmunya tentang manusia, menghadapi sakit peningnya, keluhannya, keluarganya, hidup matinya.
Ia fardhu kifayah, dan harusnya semua itu meninggalkan kesan kepada jiwa, membawa kita lebih hampir kepada Allah. Seandainya tidak, seandainya hati ini sudah mengeras seperti batu, seandainya kita sudah menjadi lali, sudah terlalu biasa tengok orang sakit dan orang mati hingga sukar mendetikkan keinsafan, maka doalah supaya hati itu digantikan saja dengan hati yang lain..
Untuk para doktor sekalian sekiranya anda berjaya menyelamatkan nyawa seseorang..ucaplah ALHAMDULILLAH YA ALLAH..kerana disebabkan oleh kuasa Allah swt yang menyembuhkan nya..
..renungan buat teman2 ku..


Wednesday, 3 April 2013

Selamat Datang tetamu Allah.



 Ya Allah sampaikan hajatku untuk ke sini ya Allah.. 
Alhamdulilah hari ini kira genap 14 hari opah dan atuk ku telah berangkat ke untuk menunaikan Umrah..
Opah and atok masing-masing tak tahu nak guna handphone jadi susah sgt kn untuk diorang pegi ke sana tapi kami di Malaysia xblh nk kol..

Okay cadangan abah pada mula nya nak suruh saya yang temankn opah dan atuk pegi umrah tpi apa kan daya sy terikat dgn EXAM..mgkin blum smpai masa nya lagi untuk pergi.

Then, cadangan yang kedua iaitu mak yang akan teman opah dan atuk.. tpi memandangkan pada tahun lepas mak dan abh sudah menunaikan Haji. Alhamdulilah dan masih baru lagi ingatan mereka di sana. Pada mulanya mak memang excited nak pegi tpi akhirnya mak ubah fikiran dan ajak adik opah and opah sedara untuk teman sbb mereka belum penah smpai di tanah suci.

ALHAMDULILAH.. Allah swt permudahkan urusan kami.

ni gambar semua ahli keluarga ku yang berangkat ke tanah suci.


opah yang paling kecik sekali.. n atuk seorang aje lelaki..tp xpa..atuk sngt peramah org nye..senang dpt kawan..

 YA ALLAH selamatkan perjalanan mereka pulang nti. Amin Ya Rabbal Alamin

Hijab

story begin.......

A Christian man asked a Muslim man why Muslim women cover their hair and body.

The Muslim man smiled and pulled out 2 sweets from his pocket.

He opened the first one and kept the other one closed in its wrapper. He threw both sweets onto the dusty floor and asked the Christian man, "Which Sweet would you pick?" The man replied, "The Covered one!" The Muslim man replied, "That's how we treat our Muslim women."

Tuesday, 2 April 2013

zikir penenang jiwa..


Engagement Day

Pada hari ini tiba-tiba teringat pula time kenduri bertunang sepupu saya. Apa yang bestnya kakak dan adik bertunang pada hari yang sama.Senang cerita jimat bajet sikit kan.
jom tengok gambar bertunang sepupu saya dulu.Meriah ke tidak? 

ha ini kira pelamin orang bertunang.Pink campur Biru..cantik jugak kan..Kakak tema pink...adik tema biru.so jimat sikit 2 in 1

tema biru - adik











ni tunang nyah..

ni tunang yong..



sepupu saya.. yong

 okay ini gambar sepupu saya yang bertunang on that day.. tahniah yong and nyah.. n selamat menempuh alam perkahwinan plk lpas ni..tumpang gembira sangat untuk sepupu-sepupu ku ini..hehe..

okay ini namanya nak ambil berkat konon..hee..


nampak sangat muka happy orang yang bertunang ni kan,kalau dah nikah ape la lagi kan..tahniah yong and nyah..hee..

bagi saya pulak nanti kalau bertunang dan nikah nanti nak sederhana shj sudah..simple..tpi berkat.. kan :) harap dapat jodoh yang baik dari Allah swt..so need to prepare my self too..
okay Assalamualaikum..






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...